Merancang Untuk Hamil
Tidak mudah untuk hamil dengan
cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak
saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula
boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil. Dalam kebanyakan kes, cuma
perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan
cepat.
Sekiranya anda merancang untuk
hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda
dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.
1. Fahami bagaimana kehamilan
terjadi.
Jika haid anda teratur, setiap
pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa
yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan
akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian).
Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami
implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda
berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga
memahami mengapa wanita gagal hamil.
2. Jumpa doktor
anda.
Pastikan anda bebas dari sebarang
masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid
adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering
mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat
diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan
mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba
selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa
sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda
tidak tersumbat.
3. Dapatkan berat badan yang
ideal.
Sekiranya anda mempunyai berat
badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan
masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass
Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.
4. Ketahui waktu subur
anda.

Hari subur anda cuma 4-5 hari
sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan
peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda
teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda
ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah
bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal
masa ovulasi dengan lebih tepat.
5. Hubungan seks yang lebih
kerap.
Melakukan seks dengan lebih kerap
adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu
adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari.
Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami
berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk
mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan
servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung
anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15
minit selepas ejakulasi.
6. Tingkatkan kesuburan
suami.
Pastikan kesihatan reproduksi
suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan
seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang
minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi
pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda
lambat hamil.
7. Mengambil
multivitamin.
Adalah disarankan kepada semua
wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik
untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil
supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.
8. Bersenam secara rutin
.
Bersenam adalah cara untuk anda
sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa
hamil dan semasa bersalin.
9. Mengambil makanan yang
seimbang.
Mengawal pengambilan makanan amat
penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula
berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil.
PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan
menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal
diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya
berovulasi secara semulajadi.
Amalkan memakan lelemak
monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang
segera)
Lebihkan protin dari sayuran
seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
Makanan makanan yang berfiber
tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
Kurangkan gula dan sebarang
karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
Kurangkan makanan berasaskan susu
seperti ais krim, whole milk dan cheese.
10. Kurangkan
tekanan.
Life is stressful, memang tak
logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan
dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan
yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
- Memasak
- Bersenam
- Mendengar muzik
- Membaca dan mendengar audiobooks
- Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
- Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
- Beromantik dengan suami
Merokok, mengunakan dadah dan
meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan
malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala
ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan
sehari.
Kami di Shaklee dapat membantu
anda dengan membekalkan suplement, vitamin dan mineral.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut
tentang suplement yang dapat membantu anda menangani masalah kesuburan, dengan
izin Allah.
Berminat pm/sms sy lynn azlinawati 012-2518372
credit to ummi hanifah:
No comments:
Post a Comment