Tuesday, 10 September 2013

Ibu Mengandung Perlu Makan Banyak???

Ibu Mengandung Perlu Makan Banyak???


Ibu yang mengandung kena banyak makan..!! Biasa dengar sebegitu semasa saat kehamilan??Benarkah ibu mengandung perlu banyak makan??



Namun kenyataan sebenar adalah ibu yang mengandung bukan perlu makan dalam kuantiti yang banyak tanpa mengambil kira khasiat dan keperluan nutrisi yang diperlukan.Tetapi harus ambil kira kualiti dan nutrisi yang terkandung dalam setiap hidangan yang diambil.

Ini kerana ibu yang mengandung memerlukan nutrisi yang mencukupi di saat kehamilan untuk pembesaran bayi yang sihat semasa dalam kandungan.Diet yang sihat penting semasa saat kehamilan ini yang mana ibu yang hamil memerlukan lebih kurang 300 kalori/hari dari kebiasaan terutamanya semasa trimester terakhir yang mana bayi membesar agak cepat.


Ibu yang mengandung digalakkan mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan selain untuk mengelakkan masalah sembelit malah mungkin kegemukan lepas bersalin.
Ibu yang mengandung juga haruslah bijak untuk memastikan pengambilan makanan berdasarkan sistem piramid makanan agar keperluan nutrisi mencukupi.



Pastikan pengambilan makanan dalam kuantiti sedikit tetapi tingkatkan kekerapan pengambilan.Selain itu pastikan pengambilan air mencukupi yang mana digalakkan untuk minum lapan gelas air sehari.Selain itu dua gelas susu sehari adalah bagus untuk ibu yang mengandung.


Untuk Info Lebih Menarik sila Klik SINI



**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administrations.These product are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi saya 
sms/whatsapp/wechat
Puan Lynn 012-2518372
atau pm saya di SINI
atau Sila Lawati Page saya Di cahayaqasehaidil


Thursday, 16 May 2013

Rahsia Kecantikan Bersama Shaklee

Rahsia Kecantikan Bersama Shaklee


assalamualaikum...jom2 nak cerita sikit kebaikan dan kelebihan cadangan produk untuk penjagaan kulit Energizing Soy Protein(Esp), Vita-E dan B-Complex...
orang kata tak kenal maka tak cinta... 
ececeh...bermadah pulak hihihi


Energizing Soy Protein(ESP) - satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
Kenapa ESP ni menjadi hot item selain untuk mendapatkan kulit yang muda remaja dan awet muda ia juga sesuai untuk mereka yang inginkan berat yang ideal kerana ia juga membekalkan tenaga segera dan satu hidangan ESP bersamaan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu.Ia juga rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Vita-E - sebut jer Vita-E(vitamin E) tentu anda tahu kebaikannya kan sebab dikalangan wanita ia bukan lagi satu produk yang asing..ia menjadi pilihan untuk wanita yang idamkan kulit yang awet muda..Namun apa beza nya Vita-E Shaklee ini dengan yang lain..semestinya ada perbezaan..selain anti-penuaan dan anti-Oksidan yang kuat, membaiki parut.
Vita-E Shaklee ini dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha,beta,gama,delta).Pendek kata ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran.

B-Complex - tertanya-tanya apa pulak fungsi B-Complex dalam cadangan produk penjagaan kulit ni? biasa dengar ibu-ibu mengandung jer yang ambil B-Complex ni kan... tapi tahukah anda selain baik untuk mata,detoksifikasi, memperbaiki masalah kulit kepala seperti rambut gugur,kelemumur dan beruban.
Pengambilan B-Complex membantu menukar makanan kepada tenga yang mana ia memperbaiki penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuaan.
Ia juga membantu melawan tekanan yang mana ia memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan dan kemurungan.Pendek kata dalaman yang sehat menampilkan luaran yang sehat jugak la kan...

Gabungan ketiga-tiga produk ini tentulah yang terbaik dan yang penting selamat kerana ia berasaskan bahan semulajadi...
Harga?? Untuk anda yang kami sayangi...tentulah kami beri yang terbaik..
Kalau anda sanggup melabur dengan produk yang anda sendiri tak tahu hujung pangkal bahan yang digunakan bukankah lebih baik melabur untuk produk menggunakan bahan semulajadi yang diyakini ramai dan selamat ni.
Produk ini bukan sekadar menjaga kecantikan kulit malah kesihatan juga..
Nak cantik dan sehat..??


Sila Lawati Page saya cahayaqasehaidil

Jom Klik SINI untuk Info lebih Menarik

Friday, 1 February 2013

Omega Guard Promosi Bulan Februari ! Terbaik!!!

Omega Guard Promosi Bulan Februari ! Terbaik !!!

Wahh !! Omega Guard ada harga promosi bulan februari 2013 ni...Harga pun berbaloi-baloi dengan kebaikan yang ada dalam Omega Guard ni.Jangan Tunggu lagi Cepat-cepat dapatkan Omega Guard..
Jom dapatkan Kebaikan yang ada dalam Omega Guard ni.
Berbeza dengan yang lain Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan Terbaik Di Dunia..

Omega Guard ni diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara jepun.Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.Berbanding dengan produk Omega kat pasaran, Omega Guard dari Shaklee ni merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.


Omega Guard Shaklee ni sesuai diambil oleh ibu mengandung untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan, ibu menyusu sambil anak dapat khasiat untuk minda maknya pun dapat juga buang-buang lemak-lemak dalam badan tu..hehe.Kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas pun boleh ambil sampai la ke warga emas, semua boleh ambil Omega Guard ni sambil boleh menjaga kesihatan jantung kalau diambil berterusan boleh melembabkan kulit, mencantikkan kulit, kuku dengan rambut jugak..

Amboi !! bagai nak rak wat promosi ni.... hehe bukan apa nak kongsikan kebaikan.Semoga kita sama-sama dapat berubah ke arah kesihatan yang lebih baik dan anak-anak kita pun sihat dan pintar.Sambil tu jangan lupa berdoa.Setiap kebaikan dengan izinNya jugak.Saya sekadar berkongsi sedikit pengetahuan yang saya ada.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jom klik SINI untuk ketahui info-info yang lebih menarik.


 **These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administrations.These product are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya lynn azlinawati untuk pertanyaan 012-2518372
Sila berkunjung ke Page saya cahayaqasehaidil


Thursday, 31 January 2013

Jom Bantu Si Manja Makan Buah dan Sayuran.....

Jom Bantu Si Manja Makan Buah dan Sayuran....


Anak-anak sukar untuk makan buah dan sayuran...?Sudah terlalu biasa kita dengarkan..sebagai ibu bapa tentu risau jika anak tidak mendapat khasiat yang mencukupi.Jom kita cuba bantu mereka untuk makan buah dan sayuran.




Jom cuba 10 cara untuk bantu anak makan buah dan sayuran

  1. Pastikan di rumah sentiasa ada buah-buahan yang segar seperti pisang, epal, pear dan limau.Susun dalam bekas atau bakul yang cantik dan comel untuk menarik perhatian anak anda.Untuk buah yang besar seperti tembikai, betik dan jambu anda boleh cuba potong kecil-kecil atau potong mengikut kreativiti anda dan simpan dalam bekas kecil agar mudah di ambil anak anda.Dan simpan di dalam peti sejuk agar buah sentiasa segar dan enak dimakan.
  2. Jangan lupa hidangkan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap kali waktu makan.Ketika sarapan anda boleh masukkan buah-buahan yang dipotong kecil dan berwarna-warni dalam bijirin sarapan paginyamakan tengah hari anda boleh hidangkan buah-buahan dahulu sebelum makanan utama.
  3. Sekiranya makan diluar pastikan menu anda mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan.
  4. Semasa membeli buah-buahan dan sayur-sayuran, tanya anak anda apa buah dan sayuran yang dia gemari dan belikan.Cara ini dapat menggalakkan anak anda makan buah-buahan dan sayuran.
  5. Galakkan seluruh ahli keluarga untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran.Sebagai ibu bapa anda perlulah tunjuk contoh sebelum anak anda mengikutinya.
  6. Hidangkan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan cara yang kreatif agar anak anda terpikat dan tertarik untuk memakannya.Contohnya boleh potong buah dan sayuran dengan berbagai bentuk atau susunnya di dalam pinggan yang cantik dan comel.
  7. Jangan mudah putus asa jika anak-anak menolak untuk makan buah-buahan dan sayuran.Ingat usaha tangga kejayaan.
  8. Beri anak-anak buah-buahan dan sayuran yang mengikut citarasanya.Jika anak suka makan dalam bentuk puri dan jem kisarlah dahulu sebelum diberi pada anak.
  9. Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak semestinya dimakan begitu sahaja.Anda boleh juga cuba hidangkan bersama yogurt atau coklat untuk menarik selera anak anda.
  10. Sekiranya anda ada kawasan yang sesuai untuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan, ajak anak anda bersama-sama menanamnya. Biarkan dia yang menjaga, menyiram dan membaja.Setelah matang, biar anak anda memetik. Tugas anda menyediakan hidangan yang mengikut citarasanya dan makan bersamanya.Tentu anak anda teruja untuk menikmatinya.




Semoga Perkongsian ini bermanfaat.Untuk info lebih menarik sila klik SINI



sumber dari majalah pa&ma 2012
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila ke page saya cahayaqasehaidil.blogspot.com

Wednesday, 30 January 2013

Si Manja Dah Tumbuh Gigi...!

Si Manja Dah Tumbuh Gigi...!

Gigi yang keluar ketika bayi disebut sebagai gigi susu.Ibu dan bapa tentunya gembira melihat gigi pertama bayi yang mula tumbuh.Gigi susu adalah gigi sementara sebelum digantikan gigi kekal yang lebih kuat.
Pertumbuhan gigi tidak mengoyakkan gusi, namun gusi akan sedikit membengkak dan kemudian lembut bagi memudahkan proses pertumbuhan gigi.

Ramai ibu bapa yang risau apabila bayi mereka agak lambat tumbuh gigi berbanding bayi yang lain.Ibu bapa seharusnya tidak perlu risau ini kerana setiap bayi mempunyai kadar pertumbuhan fizikal yang berbeza termasuk pertumbuhan gigi.

Gigi susu akan mula tumbuh seawal tiga bulan dan mungkin ada yang lambat sedikit sehingga berumur dua belas bulan..Bayi kebiasaannya akan mula mengeluarkan gigi antara usia enam hingga sembilan bulan.
Gigi juga akan tumbuh secara berpasangan, contohnya jika gigi kacip telah keluar, akan diikuti satu lagi gigi kacip, sebelum gigi-gigi jenis lain akan keluar.Dan pada kebiasaannya bayi perempuan mengeluarkan gigi lebih awal dari bayi lelaki.






Gigi kebiasaannya akan keluar mengikut anggaran usia seperti berikut:
  1. Gigi kacip bawah (dua batang gigi) : enam bulan
  2. Gigi kacip atas (dua batang gigi) : lapan bulan
  3. Set kedua gigi kacip atas (dua batang gigi) : sepuluh bulan
  4. Set kedua gigi kacip bawah (dua batang gigi) : sepuluh bulan
  5. Set gigi molar pertama (empat batang gigi) : empat belas bulan 
  6. Gigi taring (empat batang gigi) : lapan belas bulan
  7. Set gigi molar kedua (empat batang gigi) : dua hingga tiga tahun


Sumber dan rujukan;majalah anis keluaran november 2012;page manja sihat;Dr zubaidi Hj Ahmad

Semoga Perkongsian ini bermanfaat..sila SINI untuk info lebih menarik 
Sila ke Page saya cahayaqasehaidil.blogspot.com untuk info menarik

Tuesday, 29 January 2013

OsteMatrix Melindungi Tulang Anda...

OsteMatrix Melindungi Tulang Anda...


OsteMatrix menyediakan nutrisi penting serta unik yang mana ia melebihi fungsi kalsium dalam membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat, serta membantu untuk mengurangkan masalah osteoporosis.




satu tablet OsteMatrix bersamaan dengan satu gelas susu dan 80 biji badam.



OsteMatrix membantu membekalkan kalsium yang mencukupi untuk mengelakkan sakit belakang atau osteoporosis dan menjaga tulang serta gigi anda apabila anda meningkat usia.


OsteMatrix - Manfaatnya :


-Menguatkan tulang - Kalsium menghalang Osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa) , kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan meransang darah untuk memekat.

-Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas

-Meringankan stress - ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar.Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

-Memperbaiki masalah haid -meringankan sakit semasa haid dan membantu membuang air kecil.

-Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkali, dan ianya berkesan memastikan imbangan PH tubuh.Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Kalsium membantu sel menyerap nutrien dan meransang detoksifikasi.

-Memperbaiki hiperraktiviti perut dan sakit gastrik.

-Membekalkan vitamin D - Meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit perioadontal.

-Magnesium - Menggalakkan komposisi tulang dan rawan.Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga.

-Zinc, boron, manganes, kuprum - Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, memperbaiki tulang dan rawan dan mengahalang artritis.



Semoga Perkongsian ini bermanfaat.Sila klik SINI untuk info lebih menarik.

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administrations.These product are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya lynn azlinawati untuk pertanyaan 012-2518372

Monday, 28 January 2013

Omega Guard Melindungi Jantung Anda!

Omega Guard Melindungi Jantung Anda!


Penyakit Jantung menjadi salah satu punca utama kematian di dunia.Sayangilah jantung anda dengan senaman yang teratur, pengurusan emosi yang bijak, diet rendah lemak dan kolestrol.Oleh itu memahami dengan keadaan ini Omega Guard dari Shaklee ini membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dengan pengambilan berterusan.




  membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam kebanyakkan jenis ikan.



omega guard shaklee



 Omega Guard membantu mengurangkan risiko penyakit jantung 
-satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad. Pengambilan asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA dikatakan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.Tambahan lagi omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Omega Guard mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain.EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak.


Semoga Perkongsian ini bermanfaat.Sila klik SINI untuk info lebih menarik..

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administrations.These product are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya lynn azlinawati untuk pertanyaan 012-2518372

Friday, 25 January 2013

NutriWhite Penjagaan Wajah Sempurna Daripada Alam Semulajadi....

NutriWhite Penjagaan Wajah Sempurna Daripada Alam Semulajadi.....



Melihatkan lambakan produk Penjagaan Wajah dipasaran, terdetik untuk saya kongsikan Produk Penjagaan Wajah dari Shaklee yang berasaskan bahan semulajadi. Penemuan terbaik dalam inovasi penjagaan kulit, NutriWhite sangat tulen, berkesan dan terbukti.




NutriWhite Bekerja dengan 5 Cara :

  1. Menghalang - kerosakan matahari dan alam sekitar dengan aktif ia berfungsi melindungi kulit anda dari merosakkan, gelap kesan sinar cahaya matahari dan UV.
  2. Berkurangan - mengurangkan rupa pigmen gelap dalam kulit, kulit kusam. Anda pasti akan menyukai keputusannya yang mana kulit akan lebih cerah, bercahaya, tona lebih sekata dan dengan penggunaan berterusan kulit bebas tanpa cela.
  3. Menyekat - menyekat rupa pigmen gelap dari sel-sel kulit asas daripada memindahkan ke lapisan atas, membantutkan kemunculan tompok-tompok hitam.
  4. Mencerah -naungan dari melanin yang sedia ada, yang membuat wajah lebih cerah dan tona lebih sekata.
  5. Memperbaharui - ia dengan cepat mengeluarkan sel-sel mati yang membawa kepada blotchiness, membuat kulit lebih cerah dan kulit lebih bercahaya.





NutriWhite Nyata Berbeza
  • Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit dari Jepun dan Amerika Syarikat.
  • 3 tahun pembangunan produk.
  • Pemilihan bahan aktif dan mentah.Diperolehi di 16 buah Negara.
  • Ujian menyeluruh.
  • Unik, pengwujudan eksklusif pelbagai dimensi pendekatan untuk pemutihan.
  • Ramuan gabungan yang optimum.
  • Selamat dan berkesan.
  • Vitamin C derivatif (ascorbyl / glucoside) ramuan selamat dan terbukti yang digunakan dalam formula oleh Shaklee untuk mendapatkan manfaat yang maksimum tanpa risiko sekunder.
  • Patent-pending whiten-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat yang membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk menjadikan wajah lebih putih, kulit lebih cerah dan bercahaya.


Semoga Perkongsian ini bermanfaat.Sila klik SINI untuk info lebih menarik.

sumber dan rujukan;buku panduan nutrisi shaklee..

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administrations.These product are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk pertanyaan lynn azlinawati 012-2518372


Thursday, 24 January 2013

Vitamin E dan Alfafa Gabungan Yang Pasti Meletop !

Vitamin E dan Alfafa Gabungan Yang Pasti Meletop

Vitamin E dan Alfafa menghangatkan lagi tautan kasih asmara antara suami dan isteri.
Vitamin E untuk si kacak bergaya dan Alfafa untuk si cantik jelita.
Jadikan Vitamin E dan Alfafa sebagai pengikat kasih anda.Pasti membuat anda tersenyum. 








Alfafa membantu isteri  mengurangkan keputihan dan memberi keselesaan bersama.
Suami juga boleh mengambil alfafa sebagai pelawasan.

Viamin E membantu suami untuk meningkatkan kualiti dan jumlah sperma.Ia juga meransang libido iaitu keinginan seks kerana ia meningkatkan paras testoteron dalam badan,kekurangan testoteron inilah yang menyebabkan nafsu menurun dan stamina berkurangan. 
Isteri juga boleh mengambil Vitamin E untuk kecantikan luaran dan dalaman.Dengan pengambilan yang kerap ia membantu mencerahkan kawasan gelap di sekitar puting payudara.






Ada yang telah mencuba dan berpuas hati.Jom giliran anda untuk mencuba dan rasainya.



Semoga perkongsian ini bermanfaat sila klik Sini untuk info yang lebih menarik.


**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administrations.These product are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya lynn azlinawati 012-2518372 untuk pertanyaan


Wednesday, 23 January 2013

Amalan Terbaik Buat Ibu Mengandung

Amalan Terbaik Buat Ibu Mengandung



Sebagai ibu tentunya kita mengharapkan dikurniakan cahayamata yang baik, pintar dan berakhlak mulia.Apa amalan yang boleh dilakukan ketika ibu sedang hamil.Di sini saya kongsikan artikel yang saya baca agar dapat kita jadikan amalan khususnya untuk ibu yang mengandung.


Antara Amalan Yang Boleh Dilakukan:







Didikan di alam rahim -
Para pakar perubatan sependapat bahawa anak-anak boleh dididik menjadi cerdik dan berakhlak mulia sejak ia berada di alam rahim lagi.Apabila janin meningkat usia empat bulan, ibu mestilah sentiasa menjaga tingkah laku dalam setiap tindakannya.Di usia kandungan empat bulan ini lah roh ditiup ke atas janin.Pada waktu ini janin sudah boleh mendengar dan mengamati apa yang berlaku di persekitarannya.

Jaga Tingkah Laku -
Emosi ibu biasanya mudah terganggu atau tidak stasbil.Namun ibu haruslah bijak mengawal emosi dan menjaga tutur kata dan tingkah laku.Sentiasa ingat bahawa anak di dalam kandungan sentiasa mendengar suara persekitarannya.Oleh itu tuturkan dan perdengarkan perkara kebaikan sepanjang kehamilan.Tujuannya agar anak dapat mendengarinya sekaligus mewarisi sifat-sifat kebaikan itu.

Beribadah -
Apabila ibu dan ayah rajin beribadah, insyaAllah anak yang bakal dilahirkan juga akan mewarisi sifat itu.Anak yang dilahirkan dalam suasana tetap beribadah akan menunjukkan kesungguhannya untuk menjejaki sifat ibu dan ayah yang sentiasa mengikuti perintah Allah s.w.t . Harapan kita sebagai ibu dan ayah tentunya mahu anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah yang bertakwa.

Komunikasi -
Selain tidak meninggalkan solat, ibu yang mengandung juga disarankan untuk mengucapkan kalimah-kalimah yang baik.Berbisiklah pada bayi di dalam kandungan dengan kalimah-kalimah suci memuji Allah.Perbanyakkan zikrullah mudah-mudahan anak di dalam kandungan mendengar dan mendoakan yang terbaik buat ibu dan ayahnya.

Membaca Al-Quran -
Perbanyakkan bacaan Al-Quran, bertahlil, berzikir, berselawat, berdoa dan amalan sunat yang lain agar cahayamata yang dilahirkan menjadi anak yang baik akhlak, tingkah lakunya dan semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.




Antara Surah Amalan Terbaik Ketika Mengandung :

  1. Surah Al-Fatihah
  2. Surah Ayatul Kursi
  3. Surah Yaasin
  4. Surah Yusuf
  5. Surah Maryam
  6. Surah Luqman

Selain menjaga tingkah laku dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat, ibu yang mengandung perlulah mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang sepanjang tempoh kehamilan.


Semoga perkongsian ini bermanfaat sila lawati ke link ini untuk ketahui lebih info menarik...
Amalan Kurangkan Risiko Bayi Muntah


sumber dan rujukan : majalah pa&ma Januari 2012
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk pertanyaan lynn azlinawati 012-2518372
Sila ke page saya  cahayaqasehaidil.blogspot.com




Tuesday, 22 January 2013

Listen! Listen! Listen! Nak Cara Mudah Kurangkan Berat?

Listen! Listen! Listen!Nak Cara Mudah Kurangkan Berat?



Listen! Listen! Mengalami masalah sukar untuk kurangkan berat badan.?? Cinch Shake Mix berbeza dengan produk pengurangan berat yang lain.Ianya dicipta oleh para saintis Shaklee khusus untuk membantu mereka yang sukar mengurangkan berat badan.Mengapa harus memilih Cinch Shake Mix berbanding yang lain?? Ini kerana Cinch lebih sihat,rasa yang enak dan murah.

Shaklee Cinch Shake, setiap kali anda minum akan mendapat 24gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6gram serat larut.Sangat sesuai diambil bersama Energizing Soy Protein.
Protein digunakan untuk membina otot, dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori.

Makanan yang kaya dengan protein juga boleh menahan kelaparan, yang mana secara langsung akan membantu mengurangkan pengambilan makanan.Leucine yang terdapat di dalam Cinch dapat mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak (lean muscle mass)


Terdapat 3 Pilihan Rasa Yang Enak :

  1. Vanilla Shake Mix
  2. Chocolate Shake Mix
  3. Cafe latte Shake Mix




 
 
 


Faedah Utama :

-Memberi faedah seperti mengambil makanan, dan rasanya seperti sedang menikmati pencuci mulut.
  • Sesuai untuk pengidap kencing manis
  • Dengan Cinch Pro, campuran eksklusif protein dipertingkatkan dengan leucin-asid amino.
  • Powered by Leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan.
  • 24 gram protein setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang.
  • Tinggi kandungan serat-6gram serat setiap hidangan.
  • Glycemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga.
  • Memberikan 35% atau lebih nilai harian kepada 21 vitamin dan mineral penting.
  • Penggunaan soya non GMO.
  • Tiada rasa,warna dan pemanis tiruan.


Semoga perkongsian ini bermanfaat sila lawati ke link ini untuk ketahui lebih info menarik...
Sihat Dan Cantik Dengan Shaklee

sumber dan rujukan:buku nutrisi shaklee.
**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administrations.These product are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya Lynn Azlinawati 012-2518372 untuk pertanyaan.
Page saya : cahayaqasehaidil.blogspot.com

Monday, 21 January 2013

Bekalan Air Bersih Dengan Get Clean Water Shaklee

Bekalan Air Bersih Dengan Get Clean Water Shaklee



Risau dengan tahap kebersihan air yang kita minum setiap hari?? Get Clean Water dari shaklee ini adalah revolusioner baru penapisan sistem water filtration pitcher disahkan oleh persatuan kualiti air (WQA) untuk mengurangkan sehingga 99% lead, serta berpuluh-puluh bahan pencemar lain yang boleh hadir dalam air anda dan mungkin berbahaya kepada kesihatan.
Multipatented Get Clean Water menggunakan blok pepejal karbon untuk menapis dan membersihkan air.



 
 
 

Get Clean Water

Selamat :
- Menyingkirkan kandungan plumbum dan banyak bendasing lain.
-Mengurangkan bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung dalam air.
-Diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association (WQA) yang ianya 
 dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.
 
 
Mesra Alam :
-Memelihara alam sekitar menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok karbon isian semula
 yang pertama, dimana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa.
-Setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam
 sekitar.
 
 
Handal
-Lebih banyak air bersih pada setiap masa.
-Menghasilkan 303 liter bersamaan 80 gelen daripada setiap penurasan.
-2 kali ganda lebih banyak turasan berbanding jenama lain.
-Mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan.
 
 
Pilihan Bijak :
-Menjimatkan wang, dengan hanya beberapa sen seliter sahaja kita akan mendapat air bersih yang
 jauh lebih jimat dari minuman botol.
- Dengan Meter Bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut.
 
 
 
**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administrations.These product are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya Lynn Azlinawati 012-2518372 untuk pertanyaan
atau ke page saya cahayaqasehaidil
 
 
 
 
 
 

Friday, 18 January 2013

Apa itu Air Ketuban??

Apa itu Air Ketuban??


Kebanyakkan air ketuban terhasil daripada air kencing bayi dalam kandungan.Ini terutamanya pada minggu ke-12 hingga ke-14 setelah buah pinggang janin menjalankan fungsinya.Lazimnya air ketuban bersifat jernih dan tidak berwarna.

Walau bagaimana pun warnanya boleh bertukar menjadi kehijau-hijauan atau coklat sekiranya bercampur dengan najis janin.Ia bersifat cecair, ia tidak berbau hancing seperti air kencing dan bersifat tidak pekat seperti lelehan faraj.

Jumlah air ketuban adalah sekitar 500 hingga 800ml ketika kandungan mencapai usia matang.
Fungsinya sangat penting!Antaranya, ia mengisi ruang perantara diantara janin, tali pusat dan dinding rahim bagi membantu penyerapan kesan hentakan luar (trauma kemalangan), menyerap kesan himpitan sekiranya berlaku pengecutan rahim, selain itu ia menstabilkan suhu persekitarannya.

Kepentingan lain adalah ia bertindak sebagai pelapis dinding kepada jangkitan dan memberi ruang kepada bayi dalam kandungan untuk mengerakkan anggota tubuh iaitu kaki dan juga tangannya.
Kekurangannya boleh menyebabkan risiko seperti kelahiran pramatang dan komplikasi pada janin.Jika terlalu banyak juga dikhuatiri kedudukan bayi tidak stabil atau songsang, atau ibu mengalami masalah sukar bernafas.



sumber rujukan dari majalah pa&ma januari 2012

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya lynn azlinawati 012-2518372 untuk pertanyaan.




Thursday, 17 January 2013

GLA Complex Shaklee Perbezaan dan Manfaatnya

GLA Complex Shaklee Perbezaan dan Manfaatnya


Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid) yang ada dipasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), berbeza dengan GLA Shaklee ia diekstrak dari borage yang mengandungi lebih 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E.




GLA bagus untuk:

  • Mengawal selia estrogen dan testosteron-GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS.
  • Melambatkan menopous-memperbaiki keadaan menopous seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi.Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus.
  • Memperbaiki prostatomegaly-GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
  • Menentang kanser-GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  • Memperbaiki inflamasi kulit-ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczima, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis.
  • Menghalang komplikasi diabetes-merendahkan gula dalam darah.
  • Pelansingan dan menghalang tambah berat badan-merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.
  • Menghalang tekanan darah tinggi-menghalang pembekuan darah, meransang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung.
  • Memperbaiki tekstur rambut-memperbaiki rambut kering dan mudah gugur.
  • Hiperaktif and Autisma-dibukti secara klinikal GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar beri tumpuan belajar dan hiperaktif.


**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administrations.These product are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya lynn azlinawati untuk pertanyaan 012-2518372