TIP PENJAGAAN JANTUNG
Tuesday, 1 January 2013
TIP PENJAGAAN JANTUNG
Banyak
penyakit yang boleh meningkatkan risiko untuk anda mendapat serangan jantung
atau strok antaranya tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, fibrilasi atrium
atau kencing manis . Mengambil tindakan seawal mungkin dapat membantu untuk
mengurangkan peluang anda mendapat serangan jantung dan strok.
Set Healthy Circulatory Shaklee
dibawa khas dalam membekalkan nutrien yang penting dalam mengekalkan jantung
yang kuat dan sihat.
![]() |
Suplement untuk jantung |
Untuk mengekalkan jantung yang
kuat dan sihat, anda tidak perlu menunggu sehingga umur anda mencecah 40an atau
anda mendapat simptom2 penyakit jantung.
Amalkan gaya hidup yang sihat dari
awal untuk masa depan anda dan keluarga anda.
1. Sedikit latihan setiap
hari.
Senaman yang sederhana dapat
mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 30% kepada 50%. Cuba luangkan
masa 30 minit untuk senaman aerobik sekurang-kurangnya 5 hari seminggu. Selain
itu cuba untuk berjalan kaki selama 15 minit pada waktu pagi dan sebelum makan
tengah hari.
2. Tetapkan matlamat yang
bersesuaian untuk menurunkan berat badan.
Jika anda mempunyai berat badan
berlebihan atau obes, anda tidak perlu untuk kurus dengan mendadak untuk
mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Ini kerana dengan penurunan 5%
hingga 10% daripada berat badan anda sudah dapat menurunkan tekanan darah,
tahap kolesterol dan gula dalam darah.
3. Ambil ubat jantung anda.
(sekiranya telah disahkan menghidap penyakit jantung)
Satu kajian mendapati bahawa
130,000 rakyat Amerika mati setiap tahun kerana mereka tidak mengambil
ubat-ubatan jantung menbgikut apa yang telah doktor mereka
sarankan.
4. Jaga
pemakanan.
Makan mengikut diet yang sihat
boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 24%. Isi pinggan anda dengan
pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, ikan, dan daging tanpa
lemak.
5. Makan coklat sedikit. ( I
LOVE CHOCOLATE)
Beberapa kajian menunjukkan bahawa
orang yang makan coklat lebih daripada sekali seminggu mengurangkan risiko
penyakit jantung sebanyak hampir 40%, kencing manis kira-kira 30%, dan strok
kira-kira 30%. Sehingga penyelidik menentukan jumlah coklat yang sebenar untuk
mengurangkan risiko, sebaiknya ambil coklat dalam kuantiti yang kecil supaya
anda tidak mendapat berat badan berlebihan dan akan membuatkan jantung anda
bekerja keras.
7. Jangan
merokok.
Merokok secara mendadak
meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Anda tidak perlu menjadi antara
salah seorang dalam statistik perokok. Setiap tahun, kira-kira 46000 orang mati
akibat penyakit jantung yang berkaitan dengan pendedahan kepada asap rokok
mereka.
8. Berjumpa la dengan doktor
gigi.
Mencuci gigi anda setiap 6 bulan
boleh mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 24% dan strok sebanyak 13%.
Seseorang doktor gigi juga boleh melihat tanda-tanda penyakit jantung - seperti
gusi bengkak atau gigi longgar.
9. Memberi perhatian kepada
gejala/simptom/tanda luar biasa.
Jangan berharap simptom2 anda akan
pergi begitu sahaja. Berjumpalah doktor anda untuk sebarang tanda-tanda luar
biasa - seperti sesak nafas, perubahan dalam rentak jantung, atau keletihan.
Terdapat banyak rawatan awal yang doktor boleh lakukan untuk merawat masalah
jantung - sekiranya anda berjumpa dan mendapatkan nasihat doktor.
credit to
No comments:
Post a Comment