Saturday 5 January 2013

Alhamdulillah. Saya hamil lagi. Sudah 11minggu. Amru pula masih menyusu badan. Tiada tanda-tanda Amru nak wean off. Makin kerap menghisap adalah. Jadi saya akan memasuki satu lagi fasa penyusuan. Iaitu tandem nursing.
Tandem nursing by definition adalah menyusukan 2 kanak-kanak. Tak kira sama ada serentak atau tidak. Kanak-kanak tu sama umur (macam dalam situasi twins atau multiple pregnancy) atau tak sama umur (adik-abang). Kadang-kadang tandem nursing digunakan untuk menerangkan situasi di mana ibu mengandung yang menyusukan anaknya yang bagi saya penggunaan istilah tandem nursing agak melencong di sini. Tandem bermaksud “in conjunction” dan pada asalnya istilah tandem diguna pakai untuk menerangkan basikal 2 tempat duduk. Tandem nursing.
Tandem
bicycle
Seperti saya cerita dalam post sebelum ini berkenaan menyusu semasa mengandung, menyusu semasa mengandung tidak akan membahayakan kandungan. Jadi apa pula kesan tandem nursing? Adakah si adik akan mendapat susu yang kurang?
Kadang-kadang anak yang sedang menyusu akan wean sendiri semasa kita mengandung. Ini disebabkan perubahan pada rasa susu badan yang bercampur dengan colostrum. Semasa mengandung juga disebabkan perubahan hormon kunatiti susu akan berkurangan. Sekiranya anda mengandung ketika anak masih kecil (poor spacing) anda mungkin berhadapan risiko anak kecil anda wean off ketika masa dia sangat memerlukan susu badan anda.
Saya belum lagi merasa pengalaman tandem nursing. Tetapi daripada pembacaan dan kajian saya beberapa perkara boleh dibuat untuk membantu penyusuan anda dan saya. Jom kita tengok satu per satu tips tandem nursing berjaya.
  1. Utamakan bayi baru anda. Anak anda yang lebih ‘senior’ boleh mendapat sumber nutrien yang lain sekiranya susu badan anda tidak cukup.
  2. Berikan bayi baru anda breast yang lebih penuh supaya dapat susu yang lebih.
  3. Anak anda yang lebih besar dapat menolong anda mengurangkan engorgement. Berikan anak anda yang lebih besar menghisap breast yang engorge kerana mereka lebih kuat menghisap dan lebih berpengalaman. Setelah kurang engorgement bolehlah anda berikan kepada bayi baru anda menghisap.
  4. Dapatkan diet yang sihat dan minum banyak air
  5. Dapatkan bantuan nasihat daripada lactation consultant atau breastfeeding support group.
  6. Berkongsi masalah dan pendapat anda dengan para ibu yang juga tandem nursing.
  7. Dapatkan rehat secukupnya. Menyusukan seorang anak sudah meletihkan apatah lagi tandem nursing. Digalakkan untuk menyusu sambil baring supaya anda dapat berehat semasa menyusu dan dapat berbaring selepas menyusukan anak-anak.
  8. Dapatkan buku Adventures in Tandem Breastfeeding. Saya sendiri belum dapatkan buku ini.
Adventures-in-Tandem-Nursing
http://www.breastfeeding-problems.com/tandem-nursing.html
http://www.jewelsntreasures.net/2011/04/5-tips-for-tandem-breastfeeding-or.html
http://www.breastfeed.com/how-to/basics/tandem-nursing

Wallahu’alam
Set berpantang Shaklee
Set Berpantang Shaklee
 
 
 
Shaklee set menyusu
Set Menyusu Shaklee



Hubungi saya lynn azlinawati
email; azlinawatijamaludin@gmail.com


credit to;safuhah

No comments:

Post a Comment