Saturday 5 January 2013

Kolagen Memelihara Kulit





Setiap wanita pasti inginkan kulit yang tegang dan anjal. Bila terpandang seseorang yang kulit dia cantik, mulus, gebu & tegang pasti kita tertanya-tanya...produk apa yg dia pakai ye? Dia makan ape ye bole dpt kulit cantik macam tu... pasti ramai bertanya rahsia kejelitaannya.

Menyedari kebanyakan wanita berkerjaya masa kini ramai yang mementingkan kecantikan selain mendapatkan rawatan halal, terdapat pelbagai cara boleh dilakukan wanita bagi meneruskan impian mendapatkan kulit yang cantik, anjal dan berseri iaitu menerusi produk makanan kesihatan yang banyak terdapat di pasaran.

Di dalam Islam, menjaga kecantikan serta berhias cantik untuk suami adalah diwajibkan. Namun, bagi wanita Muslimah, melakukan rawatan pembedahan merubah wajah adalah dilarang kerana hukumnya haram.
Jika dulu ramai tidak tahu kepentingan kolagen, tetapi kini rata-rata wanita memilih makanan kesihatan berasaskan kolagen kerana dikatakan bahan ini mampu melambatkan proses penuaan selain menjadikan kulit lebih anjal dan cantik.




Kolagen adalah sejenis protein yang penting untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Kira-kira 25 hingga 35 peratus daripada jumlah keseluruhan protein di dalam badan terdiri daripada kolagen dan 80 peratus struktur kulit terbentuk darinya.


Kolagen berfungsi untuk mempertingkatkan penghasilan sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembutkan dan membuat kulit lebih bercahaya serta efektif menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan.

Proses pengurangan kolagen bermula seawal usia 25 tahun dan proses ini menyebabkan kulit mula menampakkan garis penuaan, jeragat, kusam dan kurang bermaya.

Selain itu, faktor alam sekitar seperti debu dan kotoran, sinaran matahari, penggunaan bahan kosmetik yang tinggi kandungan kimia, tekanan di tempat kerja serta wanita yang sering melahirkan anak, menyebabkan pengurangan penghasilan kolagen dan sekali gus menyumbang kepada kelesuan kulit.

Penggunaan makanan kesihatan mengandungi kolagen dapat melambatkan proses penuaan, namun kesannya terlalu sedikit kerana ia bergantung kepada kandungan jumlah molekul kolagen, jenis kolagen dan penyerapan oleh sistem usus. Penggunaan krim kolagen pula dikatakan kurang berkesan kerana molekul yang terkandung di dalamnya terlalu besar untuk penyerapan oleh sel kulit.
 
 
Hubungi saya lynn azlinawati 012-2518372
 
 
credit to;siti fazila


No comments:

Post a Comment