Wednesday 30 January 2013

Home »,»Si Manja Dah Tumbuh Gigi...!

Si Manja Dah Tumbuh Gigi...!

Si Manja Dah Tumbuh Gigi...!

Gigi yang keluar ketika bayi disebut sebagai gigi susu.Ibu dan bapa tentunya gembira melihat gigi pertama bayi yang mula tumbuh.Gigi susu adalah gigi sementara sebelum digantikan gigi kekal yang lebih kuat.
Pertumbuhan gigi tidak mengoyakkan gusi, namun gusi akan sedikit membengkak dan kemudian lembut bagi memudahkan proses pertumbuhan gigi.

Ramai ibu bapa yang risau apabila bayi mereka agak lambat tumbuh gigi berbanding bayi yang lain.Ibu bapa seharusnya tidak perlu risau ini kerana setiap bayi mempunyai kadar pertumbuhan fizikal yang berbeza termasuk pertumbuhan gigi.

Gigi susu akan mula tumbuh seawal tiga bulan dan mungkin ada yang lambat sedikit sehingga berumur dua belas bulan..Bayi kebiasaannya akan mula mengeluarkan gigi antara usia enam hingga sembilan bulan.
Gigi juga akan tumbuh secara berpasangan, contohnya jika gigi kacip telah keluar, akan diikuti satu lagi gigi kacip, sebelum gigi-gigi jenis lain akan keluar.Dan pada kebiasaannya bayi perempuan mengeluarkan gigi lebih awal dari bayi lelaki.






Gigi kebiasaannya akan keluar mengikut anggaran usia seperti berikut:
  1. Gigi kacip bawah (dua batang gigi) : enam bulan
  2. Gigi kacip atas (dua batang gigi) : lapan bulan
  3. Set kedua gigi kacip atas (dua batang gigi) : sepuluh bulan
  4. Set kedua gigi kacip bawah (dua batang gigi) : sepuluh bulan
  5. Set gigi molar pertama (empat batang gigi) : empat belas bulan 
  6. Gigi taring (empat batang gigi) : lapan belas bulan
  7. Set gigi molar kedua (empat batang gigi) : dua hingga tiga tahun


Sumber dan rujukan;majalah anis keluaran november 2012;page manja sihat;Dr zubaidi Hj Ahmad

Semoga Perkongsian ini bermanfaat..sila SINI untuk info lebih menarik 
Sila ke Page saya cahayaqasehaidil.blogspot.com untuk info menarik

No comments:

Post a Comment