Thursday 31 January 2013

Jom Bantu Si Manja Makan Buah dan Sayuran.....

Jom Bantu Si Manja Makan Buah dan Sayuran....


Anak-anak sukar untuk makan buah dan sayuran...?Sudah terlalu biasa kita dengarkan..sebagai ibu bapa tentu risau jika anak tidak mendapat khasiat yang mencukupi.Jom kita cuba bantu mereka untuk makan buah dan sayuran.




Jom cuba 10 cara untuk bantu anak makan buah dan sayuran

  1. Pastikan di rumah sentiasa ada buah-buahan yang segar seperti pisang, epal, pear dan limau.Susun dalam bekas atau bakul yang cantik dan comel untuk menarik perhatian anak anda.Untuk buah yang besar seperti tembikai, betik dan jambu anda boleh cuba potong kecil-kecil atau potong mengikut kreativiti anda dan simpan dalam bekas kecil agar mudah di ambil anak anda.Dan simpan di dalam peti sejuk agar buah sentiasa segar dan enak dimakan.
  2. Jangan lupa hidangkan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap kali waktu makan.Ketika sarapan anda boleh masukkan buah-buahan yang dipotong kecil dan berwarna-warni dalam bijirin sarapan paginyamakan tengah hari anda boleh hidangkan buah-buahan dahulu sebelum makanan utama.
  3. Sekiranya makan diluar pastikan menu anda mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan.
  4. Semasa membeli buah-buahan dan sayur-sayuran, tanya anak anda apa buah dan sayuran yang dia gemari dan belikan.Cara ini dapat menggalakkan anak anda makan buah-buahan dan sayuran.
  5. Galakkan seluruh ahli keluarga untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran.Sebagai ibu bapa anda perlulah tunjuk contoh sebelum anak anda mengikutinya.
  6. Hidangkan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan cara yang kreatif agar anak anda terpikat dan tertarik untuk memakannya.Contohnya boleh potong buah dan sayuran dengan berbagai bentuk atau susunnya di dalam pinggan yang cantik dan comel.
  7. Jangan mudah putus asa jika anak-anak menolak untuk makan buah-buahan dan sayuran.Ingat usaha tangga kejayaan.
  8. Beri anak-anak buah-buahan dan sayuran yang mengikut citarasanya.Jika anak suka makan dalam bentuk puri dan jem kisarlah dahulu sebelum diberi pada anak.
  9. Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak semestinya dimakan begitu sahaja.Anda boleh juga cuba hidangkan bersama yogurt atau coklat untuk menarik selera anak anda.
  10. Sekiranya anda ada kawasan yang sesuai untuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan, ajak anak anda bersama-sama menanamnya. Biarkan dia yang menjaga, menyiram dan membaja.Setelah matang, biar anak anda memetik. Tugas anda menyediakan hidangan yang mengikut citarasanya dan makan bersamanya.Tentu anak anda teruja untuk menikmatinya.




Semoga Perkongsian ini bermanfaat.Untuk info lebih menarik sila klik SINI



sumber dari majalah pa&ma 2012
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila ke page saya cahayaqasehaidil.blogspot.com

Wednesday 30 January 2013

Si Manja Dah Tumbuh Gigi...!

Si Manja Dah Tumbuh Gigi...!

Gigi yang keluar ketika bayi disebut sebagai gigi susu.Ibu dan bapa tentunya gembira melihat gigi pertama bayi yang mula tumbuh.Gigi susu adalah gigi sementara sebelum digantikan gigi kekal yang lebih kuat.
Pertumbuhan gigi tidak mengoyakkan gusi, namun gusi akan sedikit membengkak dan kemudian lembut bagi memudahkan proses pertumbuhan gigi.

Ramai ibu bapa yang risau apabila bayi mereka agak lambat tumbuh gigi berbanding bayi yang lain.Ibu bapa seharusnya tidak perlu risau ini kerana setiap bayi mempunyai kadar pertumbuhan fizikal yang berbeza termasuk pertumbuhan gigi.

Gigi susu akan mula tumbuh seawal tiga bulan dan mungkin ada yang lambat sedikit sehingga berumur dua belas bulan..Bayi kebiasaannya akan mula mengeluarkan gigi antara usia enam hingga sembilan bulan.
Gigi juga akan tumbuh secara berpasangan, contohnya jika gigi kacip telah keluar, akan diikuti satu lagi gigi kacip, sebelum gigi-gigi jenis lain akan keluar.Dan pada kebiasaannya bayi perempuan mengeluarkan gigi lebih awal dari bayi lelaki.






Gigi kebiasaannya akan keluar mengikut anggaran usia seperti berikut:
  1. Gigi kacip bawah (dua batang gigi) : enam bulan
  2. Gigi kacip atas (dua batang gigi) : lapan bulan
  3. Set kedua gigi kacip atas (dua batang gigi) : sepuluh bulan
  4. Set kedua gigi kacip bawah (dua batang gigi) : sepuluh bulan
  5. Set gigi molar pertama (empat batang gigi) : empat belas bulan 
  6. Gigi taring (empat batang gigi) : lapan belas bulan
  7. Set gigi molar kedua (empat batang gigi) : dua hingga tiga tahun


Sumber dan rujukan;majalah anis keluaran november 2012;page manja sihat;Dr zubaidi Hj Ahmad

Semoga Perkongsian ini bermanfaat..sila SINI untuk info lebih menarik 
Sila ke Page saya cahayaqasehaidil.blogspot.com untuk info menarik

Wednesday 23 January 2013

Amalan Terbaik Buat Ibu Mengandung

Amalan Terbaik Buat Ibu Mengandung



Sebagai ibu tentunya kita mengharapkan dikurniakan cahayamata yang baik, pintar dan berakhlak mulia.Apa amalan yang boleh dilakukan ketika ibu sedang hamil.Di sini saya kongsikan artikel yang saya baca agar dapat kita jadikan amalan khususnya untuk ibu yang mengandung.


Antara Amalan Yang Boleh Dilakukan:







Didikan di alam rahim -
Para pakar perubatan sependapat bahawa anak-anak boleh dididik menjadi cerdik dan berakhlak mulia sejak ia berada di alam rahim lagi.Apabila janin meningkat usia empat bulan, ibu mestilah sentiasa menjaga tingkah laku dalam setiap tindakannya.Di usia kandungan empat bulan ini lah roh ditiup ke atas janin.Pada waktu ini janin sudah boleh mendengar dan mengamati apa yang berlaku di persekitarannya.

Jaga Tingkah Laku -
Emosi ibu biasanya mudah terganggu atau tidak stasbil.Namun ibu haruslah bijak mengawal emosi dan menjaga tutur kata dan tingkah laku.Sentiasa ingat bahawa anak di dalam kandungan sentiasa mendengar suara persekitarannya.Oleh itu tuturkan dan perdengarkan perkara kebaikan sepanjang kehamilan.Tujuannya agar anak dapat mendengarinya sekaligus mewarisi sifat-sifat kebaikan itu.

Beribadah -
Apabila ibu dan ayah rajin beribadah, insyaAllah anak yang bakal dilahirkan juga akan mewarisi sifat itu.Anak yang dilahirkan dalam suasana tetap beribadah akan menunjukkan kesungguhannya untuk menjejaki sifat ibu dan ayah yang sentiasa mengikuti perintah Allah s.w.t . Harapan kita sebagai ibu dan ayah tentunya mahu anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah yang bertakwa.

Komunikasi -
Selain tidak meninggalkan solat, ibu yang mengandung juga disarankan untuk mengucapkan kalimah-kalimah yang baik.Berbisiklah pada bayi di dalam kandungan dengan kalimah-kalimah suci memuji Allah.Perbanyakkan zikrullah mudah-mudahan anak di dalam kandungan mendengar dan mendoakan yang terbaik buat ibu dan ayahnya.

Membaca Al-Quran -
Perbanyakkan bacaan Al-Quran, bertahlil, berzikir, berselawat, berdoa dan amalan sunat yang lain agar cahayamata yang dilahirkan menjadi anak yang baik akhlak, tingkah lakunya dan semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.




Antara Surah Amalan Terbaik Ketika Mengandung :

  1. Surah Al-Fatihah
  2. Surah Ayatul Kursi
  3. Surah Yaasin
  4. Surah Yusuf
  5. Surah Maryam
  6. Surah Luqman

Selain menjaga tingkah laku dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat, ibu yang mengandung perlulah mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang sepanjang tempoh kehamilan.


Semoga perkongsian ini bermanfaat sila lawati ke link ini untuk ketahui lebih info menarik...
Amalan Kurangkan Risiko Bayi Muntah


sumber dan rujukan : majalah pa&ma Januari 2012
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk pertanyaan lynn azlinawati 012-2518372
Sila ke page saya  cahayaqasehaidil.blogspot.com




Friday 18 January 2013

Apa itu Air Ketuban??

Apa itu Air Ketuban??


Kebanyakkan air ketuban terhasil daripada air kencing bayi dalam kandungan.Ini terutamanya pada minggu ke-12 hingga ke-14 setelah buah pinggang janin menjalankan fungsinya.Lazimnya air ketuban bersifat jernih dan tidak berwarna.

Walau bagaimana pun warnanya boleh bertukar menjadi kehijau-hijauan atau coklat sekiranya bercampur dengan najis janin.Ia bersifat cecair, ia tidak berbau hancing seperti air kencing dan bersifat tidak pekat seperti lelehan faraj.

Jumlah air ketuban adalah sekitar 500 hingga 800ml ketika kandungan mencapai usia matang.
Fungsinya sangat penting!Antaranya, ia mengisi ruang perantara diantara janin, tali pusat dan dinding rahim bagi membantu penyerapan kesan hentakan luar (trauma kemalangan), menyerap kesan himpitan sekiranya berlaku pengecutan rahim, selain itu ia menstabilkan suhu persekitarannya.

Kepentingan lain adalah ia bertindak sebagai pelapis dinding kepada jangkitan dan memberi ruang kepada bayi dalam kandungan untuk mengerakkan anggota tubuh iaitu kaki dan juga tangannya.
Kekurangannya boleh menyebabkan risiko seperti kelahiran pramatang dan komplikasi pada janin.Jika terlalu banyak juga dikhuatiri kedudukan bayi tidak stabil atau songsang, atau ibu mengalami masalah sukar bernafas.



sumber rujukan dari majalah pa&ma januari 2012

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya lynn azlinawati 012-2518372 untuk pertanyaan.




Wednesday 16 January 2013

Ingin Cahayamata Namun Alami Masalah Sukar Hamil

Ingin Cahayamata Namun Alami Masalah Sukar Hamil


Memiliki cahayamata menjadi impian setiap pasangan yang telah berkahwin.Namun penantian sekian lama setelah berbagai usaha dilakukan tentunya sedikit sebanyak mengecewakan setiap pasangan.Perlu diingatkan punca sukar hamil bukan hanya disebabkan oleh isteri sahaja.Suami juga mungkin punca pasangan sukar hamil.

Antara tanda-tanda ketidaksuburan:
-kitaran haid tidak menentu.
-wanita yang darah haidnya terlalu banyak dan lama.beserta senggugut yang teruk.
-berat badan berlebihan.
-lelaki pula mungkin mengalami masalah ketidaksuburan seandainya air mani terlalu cair.
-lelaki yang sihat biasanya tiada masalah ereksi.



Supplement yang dicadangkan untuk pengambilan suami dan isteri

 
 
Supplement untuk Isteri:
-Vita-lea, B-complex, Vitamin C dan Alfafa
-memberi tenaga dan kecergasan.
-menyediakan nutrisi penting untuk sel.
-membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi.
-alafafa mengurangkan keputihan dan memberi keselesaan bersama.
-meredakan senggugut
 
 
Supplement untuk Suami:
-Vita-lea, B-complex, Vitamin C, Zink dan Vitamin E
-memberi tenaga dan meransang peredaran darah.
-meningkatkan kualiti sperma.
-meningkatkan libido.
-meningkatkan bilangan sperma.
-meredakan tekanan dan memastikan sistem saraf.
 
Cadangan Supplement ini salah satu usaha untuk pasangan yang cuba untuk hamil.Semoga memberi manfaat.Mencuba sesuatu untuk memperbaiki sesuatu itu lebih baik dari tidak berbuat apa-apa.
Supplement ini menggunakan bahan semulajadi, berkualiti dan selamat.
 
 
**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administrations.These product are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya lynn azlinawati 012-2518372
 
 

Tuesday 15 January 2013

Kehamilan Detik Indah Buat Pasangan Suami Isteri

Kehamilan Detik Indah Buat Pasangan Suami Isteri


Menerima berita tentang kehamilan tentunya menjadi detik terindah buat pasangan suami isteri.Penjagaan sebaiknya selalu diberi untuk ibu yang hamil.Oleh itu kami mencadangkan beberapa jenis supplement yang boleh diambil oleh ibu yang hamil untuk menjaga kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Kebiasaannya kita memang akan diberi beberapa jenis vitamin semasa pemeriksaan.Namun sebagai ibu dan bapa yang bakal menerima cahayamata.Kita selalunya akan memilih yang terbaik untuk memastikan ibu dan bayi mendapat nutrisi yang terbaik.Kenapa saya cakap supplement ini terbaik??
Pemilihan bahan yang berkualiti dalam menghasilkan supplement ini dan yang penting ia berasaskan bahan semulajadi yang tentunya selamat untuk ibu dan kandungan.

Kandungan di dalam supplement ini dapat membekalkan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan bayi.Supplement juga penting selain makanan yang berzat yang diambil ibu ketika hamil.Ini bagi memastikan ibu dan bayi sihat dan mendapat nutrisi yang mencukupi.

Cadangan Supplement Untuk Ibu Hamil


Cadangan supplement ini terdiri daripada OsteMatrix, Vita-LeaB-complex dan Omega Guard . Untuk trimester pertama ibu hanya ambil OsteMatrix, Vita-lea dan B-Complex.Selepas itu boleh tambah Omega Guard untuk trimester kedua.Kesemua supplement ini penting untuk membekalkan nutrisi kepada ibu dan kandungan.

Khasiat supplement:

-membantu ibu tidur lebih lena.
-memastikan ibu berasa lebih sihat dan cergas.
-menghilangkan lenguh-lenguh badan.
-mengurangkan sakit belakang dan kekejangan otot kaki semasa kehamilan.
-melawaskan sistem penghadaman.
-membantu perkembangan bayi yang sihat.
-membantu mendapat kulit yang cantik.
-tambahan omega guard adalah untuk membekalkan DHA kepada ibu dan bayi.



 

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administrations.These product are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Hubungi saya lynn azlinawati 012-2518372 untuk pertanyaan.

 

Monday 14 January 2013

Amalan Kurangkan Risiko Bayi Muntah Selepas Menyusu

Amalan Kurangkan Risiko Bayi Muntah Selepas Menyusu


Untuk pengetahuan ibu bapa terdapat kes bayi kerap muntah selepas menyusu.Punca tidak dapat dikenalpasti.Walau bagaimanapun, kebanyakkan masalah yang dialami bayi ini akan berkurangan sendiri dalam masa 6 bulan tanpa mengambil sebarang ubat. Namun sebagai ibu bapa tentu kita tetap merasa risau dengan keadaan ini, tambahan jika berat bayi juga berkurangan.di sini saya kongsikan sedikit tips amalan kurangkan risiko bayi muntah selepas menyusu yang diharap dapat membantu ibu bapa yang risau dengan keadaan bayi yang kerap muntah...

  Amalan kurangkan risiko muntah

  1. Meninggikan kedudukan kepala bayi di atas paras perut selepas menyusu  mungkin boleh membantu sesetengah bayi walaupun kajian menunjukkan kedudukan ini tidak banyak membantu mengurangkan muntah.Posisi lain yang boleh membantu ialah bayi mengiring atau meniarap.namun posisi meniarap tidak digalakkan ketika bayi tidur.
  2.  
  3. Cuba susukan bayi dalam keadaan dia seperti menegak atau berdiri (upright nursing position).Namun, pastikan perut bayi bertemu perut anda. Ia dipercayai boleh membantu mengurangkan risiko tersedak.
  4.  
  5. Jika pancutan susu terlalu laju, ibu boleh mengurangkannya dengan menekan payu dara secara pegangan gunting semasa menyusu bagi mengurangkan pancutan seterusnya mengelakkan bayi tersedak.
  6.  
  7. Elakkan daripada menekan perut bayi.Dalam masa yang sama, pakaikan bayi baju yang longgar.Jika bayi dipakaikan barut, longgarkan atau tanggalkan barut itu.
  8.  
  9. Sasarkan penyusuan yang kerap apabila bayi menunjukkan tanda lapar.Tidak perlu menunggu sehingga bayi menangis.Hal ini kerana tangisan merupakan tanda akhir bayi lapar.Walaupun bayi hanya menyusu sekejap, pastikan dia mendapat susu akhir yang cukup.Anda boleh amalkan teknik memerah susu yang awal keluar dulu dan simpan untuk kegunaan masa lain dan susukan bayi dengan susu akhir yang tinggi kandungan lemak. Lebih kerap penyusuan, lebih tinggi kandungan lemak di dalam susu ibu.Habiskan penyusuan di sebelah payudara terlebih dahulu sebelum menukarkannya ke sebelah lagi.Elakkan menukar bayi ke payudara sebelah lagi terlalu cepat atau kerap terutamanya sewaktu bayi masih aktif menghisap.Ketahui lah yang perbuatan ini akan menyebabkan bayi mudah termuntah.
  10.  
  11. Bagi bayi yang cerewet, meragam atau menolak untuk disusukan, banyakkan sentuhan kulit dan elakkan daripada memaksa.Boleh juga menyusu ketika anda berjalan dan membuai bayi dalam kain kendongan (baby sling).Penggunaan baby sling boleh membantu bayi mengurang kan risiko muntah.Pelekapan pada puting mesti betul bagi mengelakkan bayi banyak menelan angin yang boleh menjurus kepada masalah kembung.Anda juga boleh cuba menyusukan bayi ketika mengantuk.
  12.  
  13. Kadang kala, bayi lebih tenang apabila berada di payu dara.Oleh itu, galakkan hisapan bukan nutrisi (non nutritive suckling). Lazimnya, bayi sudah kenyang tetapi amalan ini membantu mengurangkan kerengsaan perut, mempercepatkan pengosongan perut bayi dan melancarkan penghadamannya.
  14.  
  15. Jika bayi muntah oleh kerana mengalami kembung perut, bantu dia sendawa dan belajar cara-cara untuk merawat kembung bayi dari pakar.Cuba kenal pasti makanan yang diambil ibu hingga memungkinkan masalah kolik atau kembung seperti susu lembu dan kafein.Jika itu penyebabnya elakkan daripada mengambil makanan tersebut.Untuk pengetahuan, protein susu lembu boleh hadir di dalam susu ibu dan menyebabkan bayi mendapat alahan perut.
  16.  
  17. Perah susu awal terlebih dahulu (susu yang mengandungi nisbah laktosa kepada lemak yang lebih tinggi) dan susukan bayi dengan susu akhir (lebih berlemak, nisbah laktosa kepada lemak kecil).
  18.  
  19. Amalan mengurut bayi dengan cara yang betul boleh mengurangkan risiko refluks dan kembung perut.Urutan bayi bukan sahaja dapat menenangkan bayi malah melancarkan sistem penghadaman dan menguatkan ototnya.
 
 
Sekiranya masalah muntah yang dihadapi berpanjangan, dapatkan rawatan daripada pakar kanak-kanak.Jika bayi hanya sekali-sekala muntah susu ibu dan tersedak, anda tidak perlu terlalu khuatir kerana susu ibu mengandungi pelbagai antibodi dan tidak merbahaya seperti susu formula.Biar apa pun, ketahuilah susu ibu tetap selamat.
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
sumber dan rujukan:artikel dari majalah pa&ma keluaran disember 2011.
 
semoga perkongsian ini bermanfaat..