Monday 14 January 2013

Home »»Amalan Kurangkan Risiko Bayi Muntah Selepas Menyusu

Amalan Kurangkan Risiko Bayi Muntah Selepas Menyusu

Amalan Kurangkan Risiko Bayi Muntah Selepas Menyusu


Untuk pengetahuan ibu bapa terdapat kes bayi kerap muntah selepas menyusu.Punca tidak dapat dikenalpasti.Walau bagaimanapun, kebanyakkan masalah yang dialami bayi ini akan berkurangan sendiri dalam masa 6 bulan tanpa mengambil sebarang ubat. Namun sebagai ibu bapa tentu kita tetap merasa risau dengan keadaan ini, tambahan jika berat bayi juga berkurangan.di sini saya kongsikan sedikit tips amalan kurangkan risiko bayi muntah selepas menyusu yang diharap dapat membantu ibu bapa yang risau dengan keadaan bayi yang kerap muntah...

  Amalan kurangkan risiko muntah

  1. Meninggikan kedudukan kepala bayi di atas paras perut selepas menyusu  mungkin boleh membantu sesetengah bayi walaupun kajian menunjukkan kedudukan ini tidak banyak membantu mengurangkan muntah.Posisi lain yang boleh membantu ialah bayi mengiring atau meniarap.namun posisi meniarap tidak digalakkan ketika bayi tidur.
  2.  
  3. Cuba susukan bayi dalam keadaan dia seperti menegak atau berdiri (upright nursing position).Namun, pastikan perut bayi bertemu perut anda. Ia dipercayai boleh membantu mengurangkan risiko tersedak.
  4.  
  5. Jika pancutan susu terlalu laju, ibu boleh mengurangkannya dengan menekan payu dara secara pegangan gunting semasa menyusu bagi mengurangkan pancutan seterusnya mengelakkan bayi tersedak.
  6.  
  7. Elakkan daripada menekan perut bayi.Dalam masa yang sama, pakaikan bayi baju yang longgar.Jika bayi dipakaikan barut, longgarkan atau tanggalkan barut itu.
  8.  
  9. Sasarkan penyusuan yang kerap apabila bayi menunjukkan tanda lapar.Tidak perlu menunggu sehingga bayi menangis.Hal ini kerana tangisan merupakan tanda akhir bayi lapar.Walaupun bayi hanya menyusu sekejap, pastikan dia mendapat susu akhir yang cukup.Anda boleh amalkan teknik memerah susu yang awal keluar dulu dan simpan untuk kegunaan masa lain dan susukan bayi dengan susu akhir yang tinggi kandungan lemak. Lebih kerap penyusuan, lebih tinggi kandungan lemak di dalam susu ibu.Habiskan penyusuan di sebelah payudara terlebih dahulu sebelum menukarkannya ke sebelah lagi.Elakkan menukar bayi ke payudara sebelah lagi terlalu cepat atau kerap terutamanya sewaktu bayi masih aktif menghisap.Ketahui lah yang perbuatan ini akan menyebabkan bayi mudah termuntah.
  10.  
  11. Bagi bayi yang cerewet, meragam atau menolak untuk disusukan, banyakkan sentuhan kulit dan elakkan daripada memaksa.Boleh juga menyusu ketika anda berjalan dan membuai bayi dalam kain kendongan (baby sling).Penggunaan baby sling boleh membantu bayi mengurang kan risiko muntah.Pelekapan pada puting mesti betul bagi mengelakkan bayi banyak menelan angin yang boleh menjurus kepada masalah kembung.Anda juga boleh cuba menyusukan bayi ketika mengantuk.
  12.  
  13. Kadang kala, bayi lebih tenang apabila berada di payu dara.Oleh itu, galakkan hisapan bukan nutrisi (non nutritive suckling). Lazimnya, bayi sudah kenyang tetapi amalan ini membantu mengurangkan kerengsaan perut, mempercepatkan pengosongan perut bayi dan melancarkan penghadamannya.
  14.  
  15. Jika bayi muntah oleh kerana mengalami kembung perut, bantu dia sendawa dan belajar cara-cara untuk merawat kembung bayi dari pakar.Cuba kenal pasti makanan yang diambil ibu hingga memungkinkan masalah kolik atau kembung seperti susu lembu dan kafein.Jika itu penyebabnya elakkan daripada mengambil makanan tersebut.Untuk pengetahuan, protein susu lembu boleh hadir di dalam susu ibu dan menyebabkan bayi mendapat alahan perut.
  16.  
  17. Perah susu awal terlebih dahulu (susu yang mengandungi nisbah laktosa kepada lemak yang lebih tinggi) dan susukan bayi dengan susu akhir (lebih berlemak, nisbah laktosa kepada lemak kecil).
  18.  
  19. Amalan mengurut bayi dengan cara yang betul boleh mengurangkan risiko refluks dan kembung perut.Urutan bayi bukan sahaja dapat menenangkan bayi malah melancarkan sistem penghadaman dan menguatkan ototnya.
 
 
Sekiranya masalah muntah yang dihadapi berpanjangan, dapatkan rawatan daripada pakar kanak-kanak.Jika bayi hanya sekali-sekala muntah susu ibu dan tersedak, anda tidak perlu terlalu khuatir kerana susu ibu mengandungi pelbagai antibodi dan tidak merbahaya seperti susu formula.Biar apa pun, ketahuilah susu ibu tetap selamat.
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
sumber dan rujukan:artikel dari majalah pa&ma keluaran disember 2011.
 
semoga perkongsian ini bermanfaat..

No comments:

Post a Comment