Friday 4 January 2013

Home »MENYUSU SEMASA MENGANDUNG

MENYUSU SEMASA MENGANDUNG

Sesetengah ibu berpendapat bahawa menyusu semasa mengandung akan menyebabkan bayi yang dikandung dilahirkan tidak cukup bulan. Pendapat mereka diasaskan oleh idea bahawa semasa menyusukan anak hormon oxytocin akan dirembeskan melalui nipple stimulation. Hormon ini juga hormon yang sama yang menyebabkan kontraksi uterus. Maka semasa menyusukan anak oxytocin akan mengecutkan uterus dan menyebabkan kelahiran pra matang. Tambahan pula nipple stimulation atau ransangan pada puting payudara akan ‘mematangkan’ cervix anda dan ini membantu proses kelahiran.
Walaupun ada logiknya pendapat ini tetapi beberapa survey dijalankan mendapati realitinya tidak begitu. Namun kajian perubatan masih lagi kurang untuk membuktikan kesahihan teori ini. Maka saya mencari di internet mana-mana artikel untuk dirujuk dan saya menjumpai laman web yang menarik untuk dikongsi bersama tentang penyusuan dan kehamilan.
Daripada artikel ini terdapat beberapa konsep pemahaman tentang oxytocin, nipple stimulation dan pregnancy yang perlu diperbetulkan.
  1. Oxytocin yang dirembes semasa mengandung rendah jika dibandingkan semasa tidak mengandung. Malah kebanyakan ibu tidak perasan kontraksi uterus mereka semasa menyusukan anak termasuklah ibu yang menyusukan anak mereka semasa mengandung. Ibu yang mengatakan mereka mengalami kontraksi uterus yang kuat pun bersetuju kontraksi akan berhenti sebaik sahaja mereka berhenti menyusu. Kesimpulannya kontraksi uterus tidak cukup kuat untuk mengganggu kehamilan. (saya tak dapat perkataan yang sesuai untuk menggantikan contraction. pengecutan atau pengerasan?)
  2. Uterus perempuan dicipta Allah 1) untuk melindungi fetus yang sedang membesar dan 2) kemudian membantu kalahiran apabila tiba masanya. Ketika bayi masih pra-matang uterus akan melindungi fetus daripada kesan oxytocin. Apabila bayi sudah matang uterus akan mengalami perubahan physiology untuk penyediaan kelahiran.
  3. Untuk oxytocin berfungsi, oxytocin memerlukan protein penerima iaitu ‘oxytocin receptor site’ atau tapak penerima oxytocin pada uterus supaya signal dapat disampaikan kepada otot uterus untuk kontraksi. Semasa tempoh pra-matang receptor ini bilangannya sangat minimal. Maka oxytocin tidak dapat menyampaikan signal kontraksi kepada uterus. Receptor ini akan meningkat bilangannya selepas 38 minggu kehamilan dan boleh mencapai 300 kali ganda bilangannya semasa kelahiran.
  4. Malah untuk oxytocin bertindak ke atas oxytocin receptor site ia memerlukan protein agen lain yang dikenali sebagai “gap junction proteins”. Ketiadaan protein agen ini akan menyebabkan uterus tidak sensitif kepada oxytocin walaupun receptor site banyak.
  5. dan natural oxytocin-blockers, progesterone, akan melekat pada receptor oxytocin sepanjang tempoh kehamilan untuk menghalang tindakan oxytocin.
Maka anda tidak perlu risau lagi dengan kehamilan anda semasa menyusu. Namun sekiranya anda ada sejarah kehamilan pra-matang sebelum ini atau anda sedang menggandungkan anak kembar digalakkan anda berjumpa pakar perubatan O&G anda untuk mendapatkan kepastian.
Wallahua’lam.


credit to;safuhah
http://xercestouch.com/2013/01/03/menyusu-semasa-mengandung/

No comments:

Post a Comment