Jom Bantu Si Manja Makan Buah dan Sayuran....
Anak-anak sukar untuk makan buah dan sayuran...?Sudah terlalu biasa kita dengarkan..sebagai ibu bapa tentu risau jika anak tidak mendapat khasiat yang mencukupi.Jom kita cuba bantu mereka untuk makan buah dan sayuran.
Jom cuba 10 cara untuk bantu anak makan buah dan sayuran
- Pastikan di rumah sentiasa ada buah-buahan yang segar seperti pisang, epal, pear dan limau.Susun dalam bekas atau bakul yang cantik dan comel untuk menarik perhatian anak anda.Untuk buah yang besar seperti tembikai, betik dan jambu anda boleh cuba potong kecil-kecil atau potong mengikut kreativiti anda dan simpan dalam bekas kecil agar mudah di ambil anak anda.Dan simpan di dalam peti sejuk agar buah sentiasa segar dan enak dimakan.
- Jangan lupa hidangkan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap kali waktu makan.Ketika sarapan anda boleh masukkan buah-buahan yang dipotong kecil dan berwarna-warni dalam bijirin sarapan paginyamakan tengah hari anda boleh hidangkan buah-buahan dahulu sebelum makanan utama.
- Sekiranya makan diluar pastikan menu anda mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Semasa membeli buah-buahan dan sayur-sayuran, tanya anak anda apa buah dan sayuran yang dia gemari dan belikan.Cara ini dapat menggalakkan anak anda makan buah-buahan dan sayuran.
- Galakkan seluruh ahli keluarga untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran.Sebagai ibu bapa anda perlulah tunjuk contoh sebelum anak anda mengikutinya.
- Hidangkan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan cara yang kreatif agar anak anda terpikat dan tertarik untuk memakannya.Contohnya boleh potong buah dan sayuran dengan berbagai bentuk atau susunnya di dalam pinggan yang cantik dan comel.
- Jangan mudah putus asa jika anak-anak menolak untuk makan buah-buahan dan sayuran.Ingat usaha tangga kejayaan.
- Beri anak-anak buah-buahan dan sayuran yang mengikut citarasanya.Jika anak suka makan dalam bentuk puri dan jem kisarlah dahulu sebelum diberi pada anak.
- Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak semestinya dimakan begitu sahaja.Anda boleh juga cuba hidangkan bersama yogurt atau coklat untuk menarik selera anak anda.
- Sekiranya anda ada kawasan yang sesuai untuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan, ajak anak anda bersama-sama menanamnya. Biarkan dia yang menjaga, menyiram dan membaja.Setelah matang, biar anak anda memetik. Tugas anda menyediakan hidangan yang mengikut citarasanya dan makan bersamanya.Tentu anak anda teruja untuk menikmatinya.
Semoga Perkongsian ini bermanfaat.Untuk info lebih menarik sila klik SINI
sumber dari majalah pa&ma 2012
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila ke page saya cahayaqasehaidil.blogspot.com