Pentingnya Vitamin C untuk kanak-kanak...
Assalamualaikum….
Pagi nie saya ingin berkongsi dengan anda semua betapa pentingnya vitamin untuk kanak-kanak....Sebelum ni saya kongsikan kelebihan & kepentingan vitamin untuk orang dewasa….
Seperti yang sedia maklum sejak kecil lagi kita telah di dedahkan dengan kepentingan vitamin C kepada kesihatan badan. Malahan apabila semakin meningkat usia, ramai orang berusaha untuk menjaga kecantikan diri dengan mengambil rawatan vitamin C. Apakah khasiat sebenar vitamin C? Apakah peranan vitamin C di dalam kehidupan kita? Mari kita terokai komponen makanan ini yang mampu membantu kesihatan kita tanpa mengenal peringkat usia.
Pagi nie saya ingin berkongsi dengan anda semua betapa pentingnya vitamin untuk kanak-kanak....Sebelum ni saya kongsikan kelebihan & kepentingan vitamin untuk orang dewasa….
Seperti yang sedia maklum sejak kecil lagi kita telah di dedahkan dengan kepentingan vitamin C kepada kesihatan badan. Malahan apabila semakin meningkat usia, ramai orang berusaha untuk menjaga kecantikan diri dengan mengambil rawatan vitamin C. Apakah khasiat sebenar vitamin C? Apakah peranan vitamin C di dalam kehidupan kita? Mari kita terokai komponen makanan ini yang mampu membantu kesihatan kita tanpa mengenal peringkat usia.
Apa itu Vitamin C?
Vitamin C adalah sejenis vitamin yang sangat diperlukan
oleh badan. Ianya juga turut dikenali dengan nama Asid Askorbik. Di kalangan
kanak-kanak yang berusia antara 1 hingga 6 tahun, mereka memerlukan
sekurang-kurangnya sebanyak 30 mg vitamin C dalam sehari. Manakala kanak-kanak
yang berusia antara 7-9 tahun pula memerlukan sebanyak 35 mg
sehari.
Vitamin C amat penting dalam pembentukan tulang. Hal
ini kerana, vitamin C dapat membantu tubuh dalam pembentukan kolagen. Kolagen
membantu di dalam memastikan tulang, otot, gigi serta kulit berada di dalam
keadaan sihat serta kuat. Selain itu, vitamin C juga dapat membantu dalam
penyerapan zat besi di dalam badan (zat besi amat penting dalam pembentukan
hemoglobin darah merah).
Selain memastikan tekanan darah berada di dalam keadaan
normal, vitamin C juga membantu dalam merendahkan tahap kolesterol di dalam
badan. Oleh kerana sifatnya yang larut dalam air, vitamin C turut dapat
menyingkirkan kolesterol yang melekat pada dinding-dinding
arteri.
Tahukah anda
Vitamin
C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan
semulajadi tubuh, Ini kerana antioksida dapat membantu dalam melindungi sel dan
tisu di dalam badan termasuklah sel-sel di otak serta mata serta penting untuk
tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik. Vitamin
C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di
mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Dengan
pencemaran global yang berlaku di dunia ini, maka amat penting sekali
pengambilan vitamin C di ambil oleh setiap lapisan masyarakat. Ini adalah wajar,
demi mengelakkan diri dari risiko penyakit yang berbahaya.
Sumber
vitamin C
Demi memastikan anak anda mendapat sumber Vitamin C
yang mencukupi, maka anda perlu memastikan mereka menikmati pelbagai jenis
makanan yang kaya dengan vitamin C. Sebagai contoh, buah-buahan segar seperti
lemon dan limau.,serta sayur-sayuran seperti kubis dan tomato.Sungguhpun begitu,
vitamin C adalah sejenis vitamin yang larut di dalam air. Adalah di galakkan
untuk menikmati makanan seperti buah-buahan yang tidak mengalami proses memasak.
Hal ini kerana, di khuatiri vitamin C tersebut akan larut di dalam air tanpa
sempat kita menikmatinya.
Kekurangan vitamin C
Tanpa kita sedari, kekurangan pengambilan makanan yang
mengandungi vitamin C akan dapat mengundang risiko yang berbahaya kepada kita.
Sebagai contoh, pernahkah kita sedari bahawa secara tiba-tiba kita menghadapi
keadaan gusi berdarah? kesan luka yang kita alami mengambil masa yang lama untuk
sembuh?
Perkara-perkara seperti di atas sebenarnya menunjukkan
ciri-ciri seseorang yang mengalami kekurangan vitamin C di dalam badan. Untuk
itu, amat penting sekali bagi kita memastikan agar jumlah vitamin C di dalam
badan mencukupi demi penjagaan kesihatan kita seharian. Jika di lihat pada
pasaraya-pasaraya berdekatan turut menawarkan pelbagai jenis makanan tambahan
sama ada dalam bentuk pil mahupun cecair yang mengandungi vitamin C. Sebelum
anda membuat keputusan untuk menggunakan sebarang produk kesihatan, maka anda
seharusnya mengkaji dulu Vitamin C yang perlu anda ambil untuk anak anda..adakah
ianya bersesuaian??.
Disini ada fakta dan ciri2 kebaikan Chewable Vitamin C
Shaklee ni..Mari kita teliti sama2;-
Fakta Vitamin C
Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia
tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
Antara kelebihan Chewable Vita-C 100mg ini:-
*Membantu mengekalkan
pertahanan semulajadi
tubuh badan
*Ia ideal juga untuk
kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.
*Tiada perasa tiruan,
pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
*Membantu anda menjaga
kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang
kuat dan gusi yang sihat
*Meningkatkan penyerapan
zat besi daripada sumber bukan daging
*Untuk kesihatan tulang,
gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan.
*Memainkan peranan
penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting
untuk keseluruhan kesihatan yang baik.
*Chewable Vita-C dengan
rasa limau dapat menyediakan Vitamin C setara 1½ buah oren.
sila hubungi saya lynn azlinawati 012-2518372
credit to;baiti jannati
No comments:
Post a Comment