Tuesday, 10 September 2013

Ibu Mengandung Perlu Makan Banyak???

Ibu Mengandung Perlu Makan Banyak???


Ibu yang mengandung kena banyak makan..!! Biasa dengar sebegitu semasa saat kehamilan??Benarkah ibu mengandung perlu banyak makan??



Namun kenyataan sebenar adalah ibu yang mengandung bukan perlu makan dalam kuantiti yang banyak tanpa mengambil kira khasiat dan keperluan nutrisi yang diperlukan.Tetapi harus ambil kira kualiti dan nutrisi yang terkandung dalam setiap hidangan yang diambil.

Ini kerana ibu yang mengandung memerlukan nutrisi yang mencukupi di saat kehamilan untuk pembesaran bayi yang sihat semasa dalam kandungan.Diet yang sihat penting semasa saat kehamilan ini yang mana ibu yang hamil memerlukan lebih kurang 300 kalori/hari dari kebiasaan terutamanya semasa trimester terakhir yang mana bayi membesar agak cepat.


Ibu yang mengandung digalakkan mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan selain untuk mengelakkan masalah sembelit malah mungkin kegemukan lepas bersalin.
Ibu yang mengandung juga haruslah bijak untuk memastikan pengambilan makanan berdasarkan sistem piramid makanan agar keperluan nutrisi mencukupi.



Pastikan pengambilan makanan dalam kuantiti sedikit tetapi tingkatkan kekerapan pengambilan.Selain itu pastikan pengambilan air mencukupi yang mana digalakkan untuk minum lapan gelas air sehari.Selain itu dua gelas susu sehari adalah bagus untuk ibu yang mengandung.


Untuk Info Lebih Menarik sila Klik SINI



**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administrations.These product are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi saya 
sms/whatsapp/wechat
Puan Lynn 012-2518372
atau pm saya di SINI
atau Sila Lawati Page saya Di cahayaqasehaidil